13 April 2015


Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meminta semua Ketua UMNO Bahagian, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) di Kedah bersabar dan tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan berhubung sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dikeluarkan pada 24 April ini selepas satu mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri diadakan di Kuala Lumpur.

“Sehingga hari itu ( 24 April ) saya rasa tidak perlu kenyataan sebab kalau boleh kita setuju nak keluarkan satu kenyataan yang bersifat konsensus dalam kalangan ahli UMNO Kedah.

“Kita lakukan perkara ini untuk pastikan keyakinan rakyat tinggi terhadap UMNO,” katanya kepada pemberita di Maktab Rendah Sains Mara di sini hari ini.

Mukhriz berkata demikian mengulas mengenai kenyataan ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang meminta beliau meletakkan jawatan jika masih gagal membuat pendirian berhubung sokongan kepada kepimpinan Najib.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!