14 April 2015


Pengisian bagi kempen Hillary Rodham Clinton ke White House dibayangi logo kempennya yang mengelirukan rakyat Amerika.

Perdebatan mengenai maksud logo kempennya lebih rancak di media sosial berbanding kempennya ke White House untuk menjadi presiden wanita Amerika Syarikat yang pertama.

Ramai yang menyatakan logo kempen tersebut terlalu mudah untuk direka dan kemungkinan besar dicipta dengan perisian grafik percuma seperti Microsoft Paint.

Ada yang menyatakan logo kempen Hillary seperti direka budak berusia 9 tahun selain diinspirasi reka bentuk logo Wikileaks ataupun FedEx.

Hillary yang merupakan isteri kepada bekas presiden Bill Clinton, juga seorang bekas setiausaha negara.

Presiden Amerika, Barack Obama pernah menyuarakan keyakinannya terhadap Hillary yang dikatakan mampu menjadi seorang presiden yang cemerlang.

Kempen ke White House 2016 dilancarkan menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi laman web Hillary for America.

Dalam video itu, isteri kepada bekas presiden Bill Clinton memberitahu hasratnya menjadi juara rakyat.

Pada 2008, Hillary bertanding untuk jawatan sama, namun tewas kepada Obama di peringkat pemilihan Parti Demokrat.

Victoria Woodhull merupakan wanita terakhir yang bersaing untuk menjadi presiden Amerika Syarikat, 143 tahun dahulu. 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!