3 April 2015


SEMALAM, media begitu hebat memainkan isu entri blog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib sekali lagi.

Dalam nada yang agak pelik, Dr Mahathir kali ini menggunakan isu yang kerap digunakan pembangkang dalam menyerang Najib iaitu isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Beliau seolah-olah percaya pulak bahawa pesalah kes berkenaan iaitu bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar ada diarahkan oleh seseorang untuk membunuh wanita itu.

Untuk rekod, ketika perbicaraan kes berkenaan dimaklumkan Sirul tidak pernah juga berkata ada diarahkan oleh sesiapa, menurut peguamnya sendiri tidak lama dulu.

Malahan, apabila Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pergi ke Australia untuk bertemu Sirul yang kini sedang ditahan pihak Imigresen Australia, tidak pun menerima sebarang nama kononnya ingin didedahkan oleh Sirul.

Dalam entri Mahathir, beliau mengatakan bahawa Sirul merupakan pengawal peribadi Najib padahal Sirul merupakan anggota UTK yang ditugaskan mengiringi orang kenamaan.

Ketika ditahan berkenaan kes bunuh Altantuya, Sirul berada di Pakistan ketika itu sedang mengiringi Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jelas dan nyata perkara ini, Dr Mahathir melakukan tuduhan yang tidak benar ke atas Sirul dan juga Najib.

Lagak Dr Mahathir dalam entri blognya kali ini seperti bukan gaya beliau yang menulis entri berkenaan kerana ia lebih mirip gaya seorang pemimpin dari pakatan pembangkang.

Beliau bukanlah jenis orang yang suka membuat tuduhan melulu seperti itu tanpa melakukan risikan dan siasatan beliau sendiri.

Ada cerita mengapa dan apa sebenar tujuan Dr Mahathir melemparkan semua tuduhan dan dakwaan ini ke atas pentadbiran Najib tetapi reputasi beliau sebagai bekas pemimpin nombor satu negara tetap utuh membuatkan Najib masih menghormatinya.

Lebih-lebih lagi, Dr Mahathir dilihat lebih ligat selepas Anwar dipenjarakan atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Sebenarnya, ramai pihak sudah memaklumkan bahawa pada zaman pentadbiran beliau, banyak juga dakwaan dan salah laku yang perlu dijawab oleh Dr Mahathir.

Ketika ini, penyokong Pakatan Rakyat dilihat pantas menjadikan Dr Mahathir sebagai rakan mereka dan pernah dianggap sebagai satu-satunya individu yang boleh menumbangkan kerajaan BN.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!