9 April 2015


Seorang gadis memuat naik status dengan makian kasar terhadap ibu sendiri di aplikasi sosial.

Screenshot status berkenaan tersebar meluas di media sosial sejak semalam. Difahamkan status itu dimuat naik di aplikasi WeChat.

Gadis yang menggunakan nama 'Hani Love' itu memuat naik status tersebut ekoran bengang dengan tindakan ibu sendiri yang tidak membenarkannya bercinta dengan lelaki pilihan.

"Hani ada berkenan kat seorang mamat ini. Tapi hubungan kami tak dapat restu sebab mamat ni tak kerja. Hmmm... benci mama," ujarnya sekitar jam 8.52 malam kelmarin.

"Mama aku cakap, kalau aku teruskan hubungan kami, dia tak mengaku Hani anak dia. Mama memang kejam, sial la, lembu betul," tambahnya lagi.

Hanya kerana ibu tidak merestui percintaan anaknya dengan lelaki itu, gadis ini tergamak melemparkan kata-kata sedemikian meskipun di media sosial.

Secara logik, wanita berkenaan mempunyai sebab munasabah mengapa tidak merestui perhubungan tersebut. Lelaki itu tidak berkerja, mahu pula bermain cinta dengan anak gadis orang.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!