1 April 2015


Amerika Syarikat – Seorang wanita terbunuh dalam satu kemalangan di sini apabila kereta yang dipandu suaminya berdasarkan panduan daripada sistem penentu kedudukan global (GPS) terjunam dari jambatan yang ditutup pada Sabtu lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi di persimpangan Jalan Riley menuju arah selatan Cline Avenue yang telah ditutup kepada pengguna sejak 2009.

Zohra Hussain, 51, meninggal dunia apabila kereta yang dinaiki terbakar selepas terjunam dari jambatan itu pada ketinggian 12.2 meter.

Bagaimanapun, suami mangsa, Iftikhar Hussain, 64, terselamat apabila berjaya keluar dari kereta sebelum terbakar.

Jurucakap Jabatan Syerif Daerah Lake, Patricia Van Til memberitahu, jalan tersebut telah ditandakan dengan pelbagai tanda halangan jalan termasuk tong dan kon berwarna oren, tanda kayu tertulis ‘jalan tutup’ dengan jalur oren dan halangan konkrit di seberang jalan.

“Penyiasat mengesyaki mangsa memandu kereta jenis Nissan Sentra itu berpandukan GPS apabila dia telah melanggar beberapa sekatan jalan raya ketika menuju arah ke jambatan itu,” tambahnya.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!