13 April 2015


KLUANG – Seorang gadis maut ditikam dari belakang oleh seorang lelaki yang dipercayai bekas tunangnya.

Memetik laporan Bernama, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang Khamis minggu lalu, Nursyafikah binti Ismail maut ditikam oleh bekas tunangnya yang dipercayai bermotifkan cemburu.

Mangsa yang bekerja di pasaraya Econsave didatangi bekas tunangnya di luar premis sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka berdua.

Suspek dipercayai hilang pertimbangan lalu memukul mangsa sehingga terbaring di jalan. Perbuatan itu turut disaksikan oleh rakan sekerja mangsa.


Menurut salah seorang saksi kejadian, mangsa ditikam di rusuk kanan semasa cuba bangun dengan memegang kaki rakannya. Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital dengan pisau yang masih melekat di badan.

Nursyafikah meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

Motif pembunuhan dipercayai kerana perasaan cemburu lelaki terbabit yang tidak dapat menerima hakikat bahawa mangsa telah bertunang dengan lelaki lain dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Suspek kini sedang diburu polis.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!