28 April 2015


KATHMANDU – Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dan suaminya, Jean Todt dilaporkan antara mangsa yang terkandas di Nepal berikutan gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda negara itu Sabtu lalu, lapor The Straits Times.

Kelmarin, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengeluarkan kenyataan bahawa badan tersebut telah mengadakan Kongres Sukan Serantau Asia Pasifik yang pertama di Kathmandu dan antara ahli yang hadir termasuklah Presiden FIA, Jean Todt dan Michelle selaku duta keselamatan jalan raya.

Michelle terkenal kerana membintangi filem James Bond Tomorrow Never Dies pada 1997 dan Crouching Tiger, Hidden Dragon yang menjadi fenomena pada 2000.

Kenyataan itu telah memberitahu, kesemua ahli FIA dan delegasi kongres tersebut berada dalam keadaan selamat.

“Dalam masa beberapa hari lagi, FIA akan memeriksa kemungkinan menubuhkan dana untuk sumbangan amal kepada rakyat Nepal yang akan berusaha membina kembali kehidupan mereka selepas bencana terburuk ini,” kata kenyataan itu lagi.

Portal berita, Malaysian Digest memetik kenyataan dari blog hiburan Cina yang mengatakan bahawa aktres Hollywood dan suaminya itu menghadiri majlis rasmi di sebuah hotel ketika gempa bumi berlaku.

Mereka telah meninggalkan hotel tersebut bersama para tetamu lain dan dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!