10 April 2015


Kerajaan Malaysia menyangkal dakwaan bahawa kandungan kargo berbahaya yang dibawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sebagai punca kehilangannya.

Memetik laporan Bernama, laporan Interim dan Maklumat Fakta yang disediakan Pasukan Penyiasatan Keselamatan (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) (ICAO) Malaysia bagi MH370 yang dikeluarkan pada 8 Mac lepas, tidak menyatakan kandungan kargo.

Datuk Aziz Kaprawi selaku Timbalan Menteri Pengangkutan berkata kandungan kargo tidak mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan pesawat itu.

"Laporan Interim setebal 600 muka surat itu telah perjelas rekod persiapan bagi penerbangan itu, komunikasi antara kokpit dengan kawalan lalu lintas udara, laluan penerbangan berdasarkan data satelit, kru dan kargo penerbangan malang berkenaan,” jelasnya.

Menurut beliau kandungan kargo tidak ada kena mengena atau menjejaskan operasi penerbangan MH370.

Kenyataan itu adalah sebagai jawapan kepada soalan Datuk Kamarudin Jaffar yang mendakwa kerajaan belum menyatakan isi kandungan kargo yang dibawa pesawat berkenaan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!