14 April 2015


Sebaik sahaja TS Muhyiddin Yassin membuat kenyataan bahawa DS Najib harus di biar kan membuat tugas nya sebagai Perdana Menteri Malaysia, maka seluruh ahli UMNO dan mereka yang terbabit dengan politik nya mengambil posisi baru.

Kata kata di “ground” bahawa Tan Sri Muhyiddin sememangnya mahu membuat kenyataan sebegitu ketika berada di Jakarta.

Jangkaan bahawa TSMY tidak akan membuat kenyataan yang mengambil kedudukan play safe nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Kenapakah Timbalan Presiden UMNO mengambil pendirian ini adalah atas fahaman bahawa kali ini tidak ada alasan kukuh untuk tidak bersama Presiden UMNO.

Kedudukan yang di ambil oleh TSMY nampak nya membuat banyak pihak tertentu agak terkejut kerana mereka menjangkaan Timbalan Presiden UMNO itu ada sedikit sifat menyokong penuh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.

Cerita grass root terutama nya orang TSMY ada menyatakan bahawa jika sesiapa mengambil alih jawatan Presiden UMNO akan menrima nasib yang sama.

Oleh itu membiarkan status quo adalah lebih baik dan membantu Presiden Parti menghadapi Tun Mahathir.

Di kata kan juga apa lah faedah nya menjadi Presiden pada parti yang di bantu kalah oleh mantan perdana menteri dan penyokongnya dengan pelbagai serangan tanpa fikir lagi.

Kini apabila mantan sudah mula berjinak dengan individu dari pembangkang dan hanya meningkat kan serangan selepas Anwar Ibrahim masuk ke dalam penjara maka di kata kan selama ini serangan Anwar kepada parti dan Presiden UMNO sengaja dibiarkan dan sebaik sahaja Anwar masuk ke da;lam penjara barulah pihak mantan membuat gerakannya.

Maka betul sangatlah alasan yang di kata kan sumber dari pihak TSMY bahawa TSMY tidak berminat pada posisi itu atas sebab bakal diganggu juga dan berkemungkinan lain sudah jadi Presiden kepada parti yang menjadi pembangkang , hasil kekalahan akibat tikaman dari pihak sendiri dengan bantuan pihak pembangkang.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!