30 April 2015


NEPAL. Penduduk Nepal menyekat trak yang membawa bekalan makanan semalam sebagai bantahan menuntut kerajaan berusaha untuk mempercepatkan proses bantuan penduduk yang terjejas dalam bencana gempa bumi yang meragut lebih 6,000 mangsa dan menyebabkan berpuluh ribu yang lain kehilangan tempat tinggal.

Masalah semakin meruncing apabila berhadapan dengan masalah kekurangan makanan dan air.

Di ibu negara Kathamandu, kira-kira 200 penunjuk perasaan berkumpul di luar Parlimen meminta lebih banyak bas untuk memudahkan mereka ke kawasan pendalaman untuk mempercepatkan proses agihan bantuan ke kawasan yang memerlukan.

Sementara itu, di perkampungan Sangachowk salah satu daerah teruk terjejas menyaksikan puluhan penduduk kampung menyekat jalan raya dengan tayar sebagai tanda protes.

Mereka menahan dua lori yang membawa bekalan beras, mee dan biskut malah mereka juga turut menyekat tiga trak tentera yang membawa bekalan bantuan dan menyebabkan ketegangan dengan tentera bersenjata. 

Menteri Komunikasi Nepal, Minendra Rijal berkata, gempa bumi berukuran 7.8 skala ritcher yang melanda Nepal adalah yang terburuk yang pernah terjadi. 

“Oleh itu terdapat beberapa kelemahan dalam operasi mencari dan menyelamat,” katanya. 

Di sesetengah kawasan pergunungan, kerajaan menghadapi kesukaran untuk menghantar bantuan kerana helikopter penyelamat mempunyai masalah mendarat di beberapa kawasan.

Di Kathamndu dan beberapa daerah lain, hospital kini dipenuhi dengan pesakit yang cedera dan ada yang terpaksa dirawat di tempat terbuka.

Seorang, sukarelawan, Guna Raj terdapat kemungkinan penyebaran wabak seperti cirit birit di kem-kem bantuan kerana kekurangan tandas dan air bersih.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!