21 April 2015


Organ dalaman seorang wanita berusia 21, Eloise Aimee Parry  ‘melebur’ kesan daripada ubatan bertoksik tinggi yang dikenali sebagai Dinitrophenol atau DNP.

Memetik laporan Metro. UK, Eloise yang mula berasa kurang bermaya pada 12 april berikutan mengambil lapan tablet  telah memandu sendiri ke Hospital Royal Shrewsbury untuk berjumpa dengan doktor. 

Menurut pihak perubatan, organ dalaman Eloise rosak akibat pengambilan pil diet yang berlebihan. 

Difahamkan,  lapan tablet yang diambil oleh gadis itu telah melebihi batas dos berbahaya. 

Selepas doktor menjalankan pemeriksaan untuk mengesan tahap toksin dalam badan gadis itu, Eloise diberitahu bahawa tiada penawar untuk sakitnya dan keadaanya semakin tenat. 

Walaupun pihak doktor cuba sedaya upaya untuk mengubatinya, Eloise yang lebih dikenali sebagai Ella meninggal dunia 3 jam kemudian. 

Tidak mahu perkara itu berulang, ibu gadis tersebut, Fiona hari ini mengeluarkan surat amaran berkenaan pembelian pil diet atas talian. 

Dalam surat tersebut, Fiona melahirkan rasa sedih atas pemergian anaknya dan menceritakan apa yang berlaku sebelum Eloise menghembuskan nafas terakhirnya.

Menurutnya, keadaan pada pagi itu seperti biasa sehingga Eloise merungut tidak sedap badan sebelum bertolak ke hospital. 

Kecewa dengan perbuatan anakya, Fiona menyatakan seseorang harus berhenti mengambil pil diet kerana pil-pil sebegini boleh membawa maut.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!