29 April 2015


CHINA. Kerana berang dengan tindakan suaminya yang curang, seorang wanita tidak dapat menahan kemarahannya dengan memecahkan cermin kereta suaminya.

Video yang berdurasi 2.25 minit itu menunjukkan, seorang wanita menjerit sambil mengetuk cermin kereta suaminya itu dengan batu sehingga menyebabkan tangan wanita itu cedera dan berlumuran darah.

Selepas memecahkan tingkap depan kereta, wanita itu memecahkan cermin di bahagian pemandu walaupun suaminya masih berada di dalam kereta berkenaan.

Wanita itu dilihat turut menampar suaminya itu.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya menyaksikan insiden itu dan tidak cuba menghalang perbuatan wanita berkenaan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!