14 April 2015


Gara-gara gagal mempamerkan aksi bermutu seperti diharapkan lebih lapan pemain import dalam kancah Liga Malaysia disingkirkan oleh pasukan masing-masing hanya selepas tujuh perlawanan berlangsung. 

Difahamkan ada kemungkinan jumlah itu bertambah kerana ada pasukan atau kelab sedang bercadang mahu mengikat pemain import baharu sambil menyingkirkan pemain sedia ada pada pintu perpindahan kedua Liga-M yang dibuka sejak 1 April lalu dan berakhir pada 28 April ini. 

Situasi ketika ini mencetus pelbagai persoalan dan hujah apakah punca utama pemain import terbabit disingkirkan, sedangkan mereka diuji terlebih dahulu sebelum ditawarkan kontrak lumayan? Kata-kata manis ejen Adakah kerana kegagalan pihak pengurusan pasukan membuat penilaian sepenuhnya ketika sesi ujian atau terpengaruh dengan kata-kata manis ejen pemain import terbabit? 

Yang pasti sebilangan besar pemain import yang membanjiri Liga-M, musim ini boleh dianggap gagal membawa impak positif kepada pasukan masing-masing, malah prestasi mereka dikatakan lebih teruk daripada pemain tempatan. 

Dengan gaji terendah diperoleh awang import dikatakan mencecah sekitar RM35,000 sebulan, tentunya tidak berbaloi buat pasukan melakukan pelaburan itu untuk membentuk skuad terbaik mereka.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!