3 April 2015


Kegilaan masyarakat terhadap selfie sememangnya bukan satu perkara luar biasa. Semenjak fenomena selfie, yang hadir seiring dengan perkembangan telefon pintar, pelbagai jenis dan ragam manusia boleh dilihat dalam selfie mereka.

Ada yang selfie ketika kemalangan, ketika rumah terbakar malah ada juga yang selfie dengan mayat atau jenazah.

Tetapi kejadian yang berlaku di Indonesia ini boleh dikatakan paling melampau setakat ini.

Seorang pelawak popular, Olga Syahputra, meninggal dunia akibat jangkitan Meningitis. Apa yang terjadi di tapak pengebumiannya sangat tidak masuk akal.


Peminat-peminatnya berpusu untuk mengambil gambar bersama batu nisan yang tertulis namanya. 

Perbuatan seperti ini dilihat biadab, apatah lagi arwah beragama Islam.

Memori yang ditinggalkan, sepatutnya sudah cukup menjadi kenangan. Bukankah lebih afdal jika dihadiahkan bacaan Al-Fatihah dan doa ikhlas yang akan membantu memudahkan perjalanan arwah di sana kelak?
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!