22 April 2015


ROMPIN: Blogger, Mohd Shukri Mohd Ramli yang ingin bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin gagal menyerahkan borang pencalonan kerana tidak membawa pencadang dan penyokong. 

Mohd Shukri yang menggunakan nama komersial Cucu Mat Kilau (CMK) dan dipercayai bertanding atas tiket Bebas, tiba pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, kira-kira jam 9.45 pagi namun tidak dapat menghantar borangnya. 

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Fadzilla Salleh sebentar tadi mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin ditutup tepat pada jam 10 pagi. 

Setakat ini, hanya calon BN, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad menyerahkan borang pencalonan sebaik pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!