8 April 2015


Pengarah Belanjawan Negara Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Md Daud berkata, seramai 4806 penerima BR1M telah disenarai hitam.

Katanya penerima BR1M ini disenarai hitam kerana menerima  wang BR1M lebih daripada sekali serta enggan membuat pembayaran semula.

"Jumlah itu adalah yang terkumpul sejak tahun 2012 sehingga 2014. Kita semak tiap-tiap tahun, senarai hitam jumlah mengikut rekod seramai  4806 orang telah disenarai hitamkan.

"Tetapi setakat ini sudah  1806 yang telah bayar balik dan selesaikan kesnya.

"Namun nama mereka akan 'dibersihkan' sekiranya membuat bayaran kembali (menyelesaikan kes ) jika tidak mereka tidak akan menerima BR1M untuk tahun berikutnya," katanya ketika sesi bersama media dalam program tindakan susulan laporan ketua Audit Negara tahun 2014, Siri satu di Angkasapuri hari ini.

Sementara itu ketika ditanya bagaimana pihaknya ingin mendapat semula wang tersebut Zauyah berkata pihaknya akan menulis surat kepada 'penerima-penerima' tersebut.

"Cara nak dapatkannya,  kita tulis surat kepada semua yang menerima duit BR1M yang lebih satu kali dan kita minta mereka untuk membayar semula kalau tidak kita akan senarai hitamkan kalau mereka tidak bayar," katanya.

Dalam pada itu, Zauyah berkata bagi mengelak penerima BR1M menerima  duit BR1M lebih daripada sekali, pihaknya akan menambah ciri keselamatan terhadap baucer pada setiap penerima BR1M.

"Bermula 15 Januari 2015 lalu kita telah membuat pelbagai langkah penambahbaikan antaranya kementerian kewangan telah mengeluarkan baucar yang punyai ciri-ciri keselamatan dimana nama penerima, nombor kad pengenalannya, dan juga nombor serial setiap baucar akan diletakan supaya hanya seorang penerima  terima satu baucar," katanya.

Sementara ketika ditanya bagaimana penerima BR1M yang lebih dua kali ingin membuat pembayaran balik, Zauyah berkata penerima-penerima tersebut boleh bertemu dengan pihak sekteriat BR1M.

"Kita beri mereka tempoh... mereka boleh jumpa pihak sekteriat kita, selain boleh 'bank in' ke pihak kementerian kewangan," katanya.

Terdahulu menerusi Laporan  Jabatan Audit Negara telah mengesan bahawa ada individu yang menunaikan baucar BR1M lebih dua kali sejak BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!