21 April 2015


Perdana Menteri Korea Selatan, Lee Wan-Koo dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatan kerana didesak selepas terbabit dalam sebuah skandal rasuah.

Memetik laporan Sinar Harian, Presiden, Geun-Hye masih belum pasti akan menerima surat peletakan jawatan tersebut.

Menurut Geun-Hye, dia memberi arahan supaya siasatan rapi dijalankan berkenaan skandal rasuah berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan. 

Sebelum ini, Wan-Koo menafikan dirinya menerima 30 juta won (RM101,057.91) sebagai dana haram kempen pada 2013.

Difahamkan, ahli politik di Korea dilarang menerima lebih dari 100,00 won (RM337.02) sebagai sumbangan.

Isu rasua ini bangkit selepas penyiasat kes bunuh ahli perniagaan, Sung Wan-Jong menemui sekeping kertas dalam poket seluar Wan-Jong yang mengandungi satu senarai nama, termasuk nama perdana menteri dan jumlah wang yang dikatakan dibayar kepada penerima.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!