14 April 2015

Arwah meninggalkan 3 anak

MERSING – Seorang janda beranak tiga mati dipercayai akibat dibelasah kekasihnya, seorang anggota polis berpangkat koperal, di kawasan rekreasi Hutan Bandar di sini awal pagi semalam.

Nurzilawati Akmar Affandi, 35, yang mempunyai tiga orang anak berusia antara lapan hingga 15 tahun dipercayai maut dipukul suspek yang tinggal di kuarters Kompleks Perumahan Polis Mersing dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing di sini.

Jarak di antara kompleks perumahan itu dengan tempat kejadian kira-kira 3.2 kilometer.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M. Kumar berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menyewa bilik di sebuah rumah teres di Mersing Kecil telah pergi ke rumah suspek yang merupakan seorang duda untuk berbincang mengenai hubungan mereka.

Bagaimanapun, kata beliau, tidak lama kemudian mereka mula bertengkar.

Kumar berkata, suspek dan mangsa kemudian menaiki motosikal menuju ke sebuah kawasan rekreasi di Hutan Bandar untuk meneruskan perbincangan, namun pertengkaran tersebut semakin memuncak sehingga melibatkan kekerasan.

“Akibat dibelasah suspek, mangsa dipercayai pengsan sebelum suspek bertindak pulang ke rumahnya untuk mengambil kereta bagi membawa Nurzilawati ke hospital,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!