2 April 2015


Kematian pelakon terkenal Paul Walker yang terkenal menerusi filem Fast & Furious itu kembali menjadi sensasi apabila isteri kepada teman Paul yang memandu Porsche Carrera GT dalam kejadian tersebut, Roger Rodas menuntut gantirugi didakwa akibat kecuaian dan  pengeluar kereta tersebut.

Kristine Rodas tahun lalu telah memfailkan tuntutan gantirugi setelah mendakwa rekabentuk dan tahap keselamatan jentera yang dihasilkan oleh pengeluar kereta terkemuka itu menjadi punca kematian suaminya yang turut meragut nyawa aktor popular Hollywood tersebut.

Kereta standing kereta lumba milik Roger itu telah dilaporkan melanggar dua pokok dan binaan konkrit di sepanjang jalan di Valencia, California lalu terbakar pada November 2013. Paul serta Roger dilaporkan meninggal di tempat kejadian.

Isteri kepada Roger juga menyalahkan Porsche kerana tidak memiliki ciri keselematan dimana kereta tersebut telah meletup dan terbakar begitu cepat tanpa sempat penumpangnya menyelamatkan diri. Malah dia menambah bahawa pihak pengeluar kereta tidak menghiraukan laporan yang dibuat oleh pemilik kereta model yang sama.

Namun pada awal minggu lalu, pihak Porsche telah menjawab semua dakwaan daripada Kristina dan menafikan segala tuntutan yang dibuat. Menurut wakil pengelua rkereta itu, mereka tidak bertanggungjawab atas kematian Roger dan Paul sebaliknya berkata bahawa insiden tersebut berlaku akibat daripada kecuaian pemandu itu sendiri.

Mereka turut berkata bahawa setiap daripada pemilik Porsche Carrera GT sudah maklum dan tahu akan risiko memiliki jentera setanding kereta lumba tersebut. Jadi segala yang berlaku kepada pemilik telah menjadi tanggungjawab mereka sendiri.

Mereka mendakwa bahawa kereta Porsche Carrrera GT itu telah diubahsuai namun mengikuti piaiwaian yang disebabkan tetapi ia turut menjadi penyumbang kepada kemalangan yang mengorbankan dua orang pencinta automobil itu.

Kristine diminta untuk menarik balik segala tuntutan yang dibuat olehnya keatas syarikat pengeeluar kereta ternama dunia itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!