28 April 2015


SEORANG wanita di India bercita-cita untuk memegang Rekod Dunia Guinness untuk kategori rambut terpanjang di dunia.

Smita Srivastava, 37, dari Allahabad di Uttar Pradesh digelar sebagai Rapunzel India kerana memiliki rambut sepanjang 1.8 meter (m) seperti dicatatkan dalam Limca Book of Records sebelum ini.

Bagaimanapun, rambut wanita tersebut kini mencecah 2.1 m yang mana melebihi 8 sentimeter daripada purata ketinggian pemain bola keranjang.

Keunikan wanita itu telah menjadikannya terkenal dan turut menjadi selebriti tempatan serta duta beberapa produk minyak rambut.

"Ramai orang menyangka saya memakai rambut palsu, namun mereka mula memuji selepas menyentuhnya. Saya berhasrat untuk mencatat nama dalam rekod dunia selepas berjaya memperoleh pelbagai anugerah di tanah air sendiri," jelasnya.

Menurutnya lagi, dia mula menyimpan rambut sejak kecil dan minat itu diteruskan hingga kini serta mendapat sokongan penuh keluarganya.

Sejak 2004, rekod rambut terpanjang di dunia dipegang oleh Xie Qiuping dari China iaitu sepanjang 5.6 m. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!