9 April 2015

Ab. Ghani (tiga dari kiri)

Kota Bharu - Sebuah restoran makanan segera di bandar ini dike­nakan surat tunjuk sebab kerana mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus tanpa ada perjanjian bersama antara pekerja dan majikan.

Pengarah Pejabat Perdagangan Da­lam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Datuk Ab. Ghani Harun berkata, selain itu, restoran yang terletak di sebuah pusat beli-belah terkenal itu turut mengenakan caj enam peratus untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada pelanggannya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihaknya mendapati, pemilik premis tersebut telah mengambil keuntungan yang melampau dengan mengenakan kedua-dua caj itu.

“Caj perkhidmatan hanya bo­leh diambil sekiranya peniaga mempunyai perjanjian secara ber­sama antara pekerja dan majikan yang disahkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Ko­perasi dan Kepenggunaan na­mun pemilik premis ini gagal mempamerkan perjanjian tersebut.

“Kita memberikan notis selama tiga hari kepada peniaga tersebut supaya tampil memberikan sebab di atas tindakan tidak bertanggungjawab itu dan jika gagal berbuat demikian tindakan akan diambil.

“Jika sabit kesalahan, peniaga terbabit boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Beliau bersama anggota PPDNKK membuat pemeriksaan mengejut di premis tersebut malam tadi selepas menerima aduan orang ramai.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!