16 April 2015


Nampaknya pasukan bola sepak negara ke Sukan SEA di Singapura, perlu berhati-hati kerana pasukan bola sepak Vietnam nampaknya ada semangat baru.

Mana tidaknya, pasukan Vietnam dijanjikan habuan ciuman setiap seorang oleh pelakon terkenal dan seksi yang popular di negara tersebut, iaitu Diem My, jika berjaya memenangi pingat emas.

Diem My, yang juga seorang model terkenal, turut menjanjikan ciuman itu kepada pengurus pasukan berkenaan, Toshiya Miura.

Sukan SEA tahun ini bakal berlangsung dari 5 hingga 16 Jun, dan seperti kebiasaannya, bola sepak dianggap ibu segala emas dalam acara sukan dwi-tahunan ini.

Cabaran Malaysia dalam acara ini akan digalas skuad kebangsaan bawah 23 tahun.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!