14 April 2015


BEIJING – Seorang remaja di sini yang obses menjalani pembedahan plastik telah mengejutkan 400,000 pengikutnya di laman sosial, Weibo menyebabkan mereka tidak mempercayai itu adalah wajah gadis berkenaan.

Lee Hee Danae, 15, yang berasal dari wilayah Henan, tengah China telah memuat naik gambarnya yang begitu jelita selepas pembedahan tersebut sehingga dia kelihatan seakan-akan anak patung.

Menurut laporan laman web cbg.cn, remaja itu dikatakan sanggup melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk merebut semula hati bekas kekasihnya.

Ramai pengguna laman sosial berkenaan menyifatkan remaja yang lahir pada tahun 1999 itu kini bukan sahaja kelihatan lebih tua, malah seperti makhluk asing.

“Dia terlalu cantik sehingga kelihatan sangat pelik,” kata seorang pengguna sosial.

Dalam pada itu, ada juga pengguna laman sosial yang melahirkan pendapat bahawa gambar yang dimuat naik itu mungkin palsu dan telah diubah suai secara digital.

Amalan pembedahan plastik khususnya pada lipatan atas kelopak mata dan pembentukan semula hidung semakin meningkat di China.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!