10 April 2015


Singapura: Bekas pemain bola sepak Malaysia dipenjara 24 bulan atas tuduhan rasuah dan kesalahan imigresen, kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), hari ini.

Terdahulu, Thana Segar S Sinnaiah (Thana Segar), 40, mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan, termasuk bersubahat dengan Selvarajan Letchuman memberi rasuah tidak lebih RM15,000 (S$5,600) kepada pengadil, Shokri Nor untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Super di antara LionsXII dan Sarawak, pada 22 Mei 2012.

Dia juga mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan bersubahat dengan Selvarajan dan Shokri untuk menipu syarikat pengendali loteri yang sah, Singapore Pools dan satu tuduhan atas kesalahan gagal mengemukakan pasport apabila hendak meninggalkan Singapura.

Menurut CPIB, empat tuduhan bersubahat menipu Singapore Pools kemudiannya dipertimbangkan bagi menetapkan hukuman berkenaan.

Thana Segar didakwa buat pertama kali pada 24 Mei 2012 atas tuduhan berpakat dengan Shokri dengan tujuan berkonspirasi dan bersetuju ke atas rasuah untuk menetapkan keputusan perlawanan Liga Super, bagi pertemuan 22 Mei.


Ketika bebas dengan jaminan, Thana Segar turut gagal untuk hadir pada pra perbicaraan yang dijadualkan pada 7 Ogos 2012.

Bagaimapaun, dia kemudian ditahan dalam bulan yang sama dengan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Singapura tidak pernah memberi ruang untuk rasuah dan penentuan keputusan perlawanan boleh dibiarkan di negara ini. Kami juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pihak yang terbabit dalam gejala rasuah,” kata agensi itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!