8 April 2015


Anak lelaki bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Ustaz Haji Fadzil Nor secara terang-terangan berkempen dan ingin menaikkan Mohamad Bin Sabu atau Mat Sabu dan Datuk Haji Husam Musa selaku Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang baru menggantikan Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Saudara Muhammad Faiz Haji Fadzil yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi PAS Negeri Sembilan dengan penuh lantang berkata demikian dalam sebuah forum bertajuk “Pro-Kontra Hudud Kelantan” yang disiarkan dalam laman YouTube baru-baru ini.

“Ini pemimpin-pemimpin dalam PAS yang patut kita julang…” begitulah kenyataan beliau yang cukup jelas dan tak perlu lagi dianalisis secara mendalam. Walaupun beliau cuba menafikan bahawa kata-katanya itu bukanlah sebuah kempen memenangi mana-mana calon pemilihan jawatan dalam PAS yang akan datang, tetapi ia telah jelas menunjukkan bahawa anak Allahyarham Ustaz Fadzil Nor itu mahukan dua (2) pemimpin PAS tersebut ‘menaiki takhta’ kepimpinan parti itu.

Dengan tambahan beliau berkata bahawa, jika ahli-ahli perwakilan PAS memilih Mat Sabu dan Husam Musa sebagai Presiden dan Timbalan Presiden PAS, maka ia bermakna perwakilan PAS telah menjadi ahli yang cerdik kerana memilih pemimpin harapan rakyat.

Jelas bahawa darah daging bekas Presiden PAS itu amat berharap Mat Sabu dan Husam Musa berjaya menggulingkan Tuan Guru Haji Hadi Awang yang memperoleh sokongan para Ulama’ dalam PAS. Adakah ini suatu fenomena keruntuhan dan perpecahan secara besar-besaran dalam organisasi PAS…?

Yang penting, diharapkan PAS akan sedar dari mabuk berkiblatkan DAP dan PKR…
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!