9 April 2015


Nama Cassandra Naud menjadi sebutan netizen sejak beberapa hari lepas selepas sebuah akhbar di Britain melaporkan tentang keistimewaan yang dimilikinya.

Cassandra, 22 tahun, mempunyai satu tanda lahir yang besar di wajahnya, namun memilih untuk tidak melakukan pembedahan plastik.

Penari yang berasal dari Alberta, Kanada itu percaya tanda lahir itu membuatkan dia lebih unik dan mudah diingati.

Ia sekaligus memberi kelebihan buatnya memandangkan persaingan yang sengit dalam bidang yang diceburinya.

Biarpun sering disindir ketika di sekolah, ia tidak melemahkan semangat Cassandra sebaliknya gadis cekal ini menjadikan cabaran itu sebagai motivasi untuk dia membina keyakinan diri.

"Jangan takut untuk menonjolkan keunikan diri sendiri, walaupun anda dibuli," kata Cassandra.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!