30 April 2015


PUTRAJAYA: Keputusan mengenai harga kad tambah nilai prabayar telefon bimbit yang akan dijual semula pada harga asal seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), ditangguhkan. 

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata ia selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memaklumkan bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan syarikat telekomunikasi. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi. Semalam, Khazali mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar telefon bimbit akan dijual semula pada harga asal seperti sebelum pelaksanaan GST, bermula esok.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!