28 April 2015


SEORANG kanak-kanak perempuan di Britain mendakwa salah seekor ayamnya telah menetaskan telur terkecil di dunia yang dipercayai lebih kecil daripada wang syiling 5 pence.

Shannon Hayes, 12, dari Capel Iwan, Carmarthenshire berkata, dia turut melakukan kajian sendiri menerusi Internet untuk memastikan telur dengan ukuran 1.8 sentimeter (sm) tinggi itu adalah paling kecil berbanding rekod sebelum ini.

"Saya sangat yakin ia adalah yang terkecil walaupun ia belum disahkan oleh rekod dunia secara rasmi," katanya lagi.

Menurutnya lagi, dia telah menyimpan telur tersebut di tempat yang lebih selamat.

Pada 2011, seorang penternak di Amerika Syarikat mendakwa ayam peliharaannya telah menetaskan telur terkecil di dunia berukuran 2.1 sm.

Bagaimanapun, rekod tersebut telah dipecahkan oleh ayam ternakan digelar Muffin di Somerset yang telah menetaskan telur 0.2 sm lebih kecil daripada yang direkodkan kira-kira tiga tahun sebelum itu. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!