23 April 2015


Rozana Misbun memberitahu Mahkamah Majistret di sini semalam bahawa dua tulang rusuk kirinya patah manakala hidungnya pula retak akibat dibelasah suaminya pelakon dan penyanyi rock, Awie dalam perselisihan faham yang berlaku Jun tahun lalu.

Rozana, 37, berkata, sebelum dibelasah Awie, 46, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, artis itu me­nuduh dia mencuri dan menggunakan duit RM400,000 yang disimpan di dalam akaun atas namanya tanpa kebenaran.

“Awie minta wang RM400,000 dari akaun saya tetapi saya beritahu tiada wang sebanyak itu dalam akaun saya.

“Duit tunai yang diberikan kepada saya pula saya belanjakan untuk urusan keluarga tetapi Awie tidak percaya lalu menumbuk muka saya bertubi-tubi terutama di hidung,” cerita Rozana.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!