8 April 2015


Pengurus Manchester Uni­ted, Louis van Gaal dikhabarkan sudah bersedia untuk ‘melelong’ penyerangnya, Robin van Persie dalam usaha mereka untuk mendapatkan khidmat pemain Paris-Saint Germain (PSG), Edinson Cavani semasa jendela perpindahan dibuka tidak lama lagi.

Menurut pengendali berusia 64 tahun itu, pihaknya sudah bersedia untuk mendengar nilai harga yang boleh ditawarkan bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 31 tahun itu.

Kontrak ketua pasukan Belanda itu masih berbaki satu musim, namun United dilihat enggan melanjutkan kontraknya untuk tempoh satu tahun lagi. Situasi yang berlaku itu merupakan bukti kuat bahawa khidmat van Persie sememang­nya tidak diperlukan lagi pada musim depan.

Sebagai rekod, pada kemuncak prestasi, van Persie dilabelkan sebagai ‘duri dalam daging’ bagi penyokong Arsenal kerana kerelaannya untuk berada di bawah kendalian Alex Ferguson pada tahun 2012 dengan nilai perpindahan seba­nyak £24juta (RM130juta).

Namun, keupayaan van Persie sebagai peledak berbisa tidak boleh disangkal lagi apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana England pada musim 2012/2013 dengan 30 gol yang sekali gus membantu United merangkul gelaran Liga Perdana England ketika itu.

Selepas meraikan pencapaian cemerlang di bawah kendalian Ferguson, pres­tasi van Persie terus merudum dengan hanya meledakkan 18 gol pada musim 2013/2014 semasa David Moyes menge­tuai United dan disusuli dengan hanya 10 gol pada musim ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!