17 April 2015


Sebuah video menampilkan penyanyi popular, Rihanna terlibat dengan penyalahgunaan dadah dimuat naik ke laman Vine pada 14 April lalu.

Rakaman amatur selama 15 saat itu memaparkan Rihanna bersama beberapa rakannya berada dalam sebuah bilik tertutup. Dua rakan penyanyi yang popular dengan lagu Diamonds itu sedang sibuk menari manakala seorang lagi individu merakam perbuatan tersebut.

Penyanyi berusia 27 tahun itu dikatakan telah mengelap hidung selepas menghidu kokain malah dilihat menggulung sepuntung rokok.

Rihanna menafikan dirinya melakukan perbuatan tersebut sambil menyatakan bahawa puntungan itu sebenarnya adalah tembakau.

Memetik laporan US Weekly, Rihanna juga menegaskan bahawa perbuatan mengelap hidung tidak semestinya dikaitkan dengan pengambilan dadah kokain.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!