24 April 2015


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menghantar surat kepada syarikat teknologi, YouTube yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) untuk menyekat akaun blogger kontroversi, Alvin Tan yang didakwa melakukan provokasi melalui media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, selain itu, SKMM juga akan bekerjasama dengan Peguam Negara bagi membolehkan Alvin yang kini berada di AS dibawa pulang ke Malaysia.

“Saya difahamkan pihak SKMM telah mengambil tindakan dengan menghantar surat sahaja (kepada YouTube) sebab benda ini berlaku di luar negara.

“Mereka minta supaya YouTube menurunkan gambar-gambar serta video daripada Alvin dan pihak tersebut sedang melakukannya,” katanya di lobi Parlimen di sini semalam.

Alvin dilapor melarikan diri ke AS untuk mendapatkan perlindungan politik bagi mengelak ditahan pihak berkuasa di Malaysia atas beberapa kesalahan.

Kesalahan itu termasuk mengikut Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam serta mempersendakan institusi raja melalui laman Facebook­nya.

Terbaharu, Alvin­ memuat naik vi­deo yang bertajuk ‘Muslim Call to Prayer - Azan (R&B Co­ver)’ menerusi Facebook­nya yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Kosmo! semalam mela­porkan tiga laporan polis dibuat oleh Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPM) dan Exco Pemuda UMNO Malaysia berhubung tindakan Alvin yang mempersendakan laungan azan.

Kesemua laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada pukul 3 petang kelmarin.

Presiden PPM, Mohd. Rafiq Naizamohideen ber­kata, tindakan Alvin itu mencetuskan kemarahan umat Islam serta rakyat Malaysia dan ia bukan kali pertama blogger terbabit mencetuskan kontroversi yang mengguris pe­rasaan rak­yat negara ini.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!