10 April 2015


Penyanyi terkenal kumpulan Slam, Zamani kini mengalami masalah kewangan dan memerlukan dana sebanyak RM50,000 untuk membiayai pembedahan tulang belakang yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Dakwa abang kandungnya, Zulfazil Ibrahim, penyanyi itu mengalami masalah kewangan kerana dia tidak mempunyai akaun bank peribadi yang menyimpan wang hasil titik peluhnya dalam kerjaya nyanyian.

Menurutnya, sejumlah wang hasil titik peluhnya itu sebelum ini disimpan oleh pihak yang menguruskan kerjaya seni Zamani.

Zulfazil berkata, peguam Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar pernah membuat kenyataan di akaun Facebook berhubung status wang penyanyi tersebut baru-baru ini.

“Zamani pernah bertanya mengenai wang kerjayanya selama ini kerana dia mahu menggunakannya untuk menampung kos rawatan pembedahan tulang belakang.

“Pihak kami tidak menuduh sesiapa (tidak membayar wang tersebut) tetapi siapa lagi yang menguruskan kerjaya penyanyi itu kalau bukan pihak pengurusan Zamani,” kata abangnya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Zulfazil mendakwa, sakit tulang belakang Zamani, 43, bukan disebabkan dia mengambil bahan terlarang tetapi penyanyi yang popular dengan lagu Nur Kasih itu pernah mengalami kecederaan kesan aktif bersukan sebelum ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!