24 April 2015


KUALA TERENGGANU – Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan wanita dikenali sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang gambarnya tersebar di portal-portal berita hiburan dan laman sosial baru-baru ini mempunyai hubungan rapat dengan Zizan.

Ab. Razak Husain, 57, bagaimanapun menafikan Zizan telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan wanita tersebut secara senyap-senyap.

Katanya, Zizan, 31, telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di bandar ini.

Ujarnya lagi, Zizan juga ada memberi bayangan bahawa wanita itu merupakan pilihannya untuk dijadikan calon isteri.

“Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja.

“Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata Ab. Razak ketika ditemui

Kosmo! di rumahnya di Jalan Terkukur di sini semalam.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!