18 Mei 2015


AMERIKA SYARIKAT. Sembilan terbunuh manakala 18 yang lain kritikal selepas enam geng motosikal bertempur di sebuah restoran di Waco, tengah hari semalam.

Menurut Dailymail, kejadian bermula dengan pergaduhan fizikal di dalam bilik air restoran berkenaan dan merebak ke bahagian luar melibatkan senjata seperti kayu, rantai, pisau dan pistol.

Kakitangan restoran dan orang awam yang sedang menikmati hidangan terpaksa berlindung di bilik simpanan beku.

Pergaduhan dilaporkan beralih ke kawasan parkir di mana seorang anggota polis SWAT menembak mati seorang ahli geng motor dan mula mengepung mereka yang terlibat.

Geng motosikal Cossacks, Bandidos, Scimitars, Los Pirados, Veterans, dan Leathernecks dikenal pasti terlibat dalam pertempuran tersebut.

"Ini adalah keganasan paling teruk pernah belaku di Waco sejak 1993. Kami meminta kerjasama pihak restoran namun mereka berdegil.

"Kakitangan restoran tahu ini akan berlaku dan mereka membenarkannya," luah seorang anggota polis, Sarjan Patrik Swanton.

Difahamkan, sebelum kejadian, pihak polis meminta pihak restoran tersebut, Twin Peaks supaya tidak membenarkan perjumpaan geng-geng motor tersebut di lokasi berkenaan.

Media tempat, Waco Tribune melaporkan, saksi mendengar lebih 30 das tembakan dilepaskan.

"Keadaan di sini seperti medan perang," kata seorang saksi.

"Terdapat ramai lagi di hospital yang terkena tembakan," kata Michelle Logan, 37.

Laporan juga mengatakan beratus-ratus ahli geng motosikal ditahan selepas kejadian.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!