27 Mei 2015


KUANTAN – Fenomena air laut yang bertukar warna menjadi kemerah-merahan di perairan Tanjung Gelang di sini baru-baru ini disahkan berpunca daripada faktor ke­cuaian manusia.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang, Datuk Seri Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, kejadian tersebut disahkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak berbahaya kepada hidupan dan manusia.

“Penilaian sampel air di kawasan kejadian oleh JAS mendapati ia tidak mengandungi sebarang logam berat yang bersifat toksik kepada kehidupan.

“JAS turut memberitahu fenomena yang digelar Laut Merah dalam kalangan penduduk tempatan berpunca daripada pencemaran bauksit yang memasuki Sungai Pe­ngorak berdekatan sebelum mengalir ke laut,” kata beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Tukang Paip Pahang 2015 di sini semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Mohd. Ridhuan Ismail.

Pencemaran di sungai itu dikatakan melibatkan kawasan sejauh kira-kira satu kilometer.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!