12 Mei 2015


Saluran FOX semalam mengumumkan penamatan siaran rancangan pertandingan realiti TV American Idol.

Gary Newman, Pengerusi dan CEO Fox Television Group berkata, ia adalah keputusan yang amat sukar memandangkan ia sudah menjadi jenama saluran berkenaan.

"Tetapi biarlah ia ditamatkan sekarang, ketika semua orang ada kenangan manis bersama rancangan ini," kata Gary dalam kenyataannya.

American Idol kini bersiaran untuk musim ke-14, dan musim ke-15 tahun hadapan akan menjadi musim terakhir untuk salah satu rancangan realiti TV paling lama bersiaran di dunia itu.

Sepanjang 14 musim, American Idol telah melahirkan ramai penyanyi berkelas A, antara Kelly Clarkson, Carrie Underwood dan Jordin Sparks.

Musim kedua rancangan tersebut yang bersiaran pada tahun 2003, menjadi musim paling berjaya apabila mengumpul lebih 38 juta penonton.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!