18 Mei 2015


Amerika Syarikat (AS) menyatakan 'kekesalan' mereka terhadap hukuman mati Mohammed Mursi oleh mahkamah Mesir, kelmarin.

Mursi yang digulingkan tentera pada Julai 2013 dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah melarikan diri dari penjara dan membunuh anggota keselamatan ketika kebangkitan revolusi rakyat pada 2011.

Selain beliau, seramai 105 ahli Ikhwanul Muslimin turut dijatuhi hukuman mati atas kesalahan sama.

"Kami sangat prihatin dengan satu lagi hukuman mati oleh mahkamah Mesir terhadap lebih 100 defendan, termasuk bekas presiden, Mursi.

"Kami secara konsisten menentang perbicaraan dan menghukum pesalah secara beramai-ramai di Mesir," kata seorang pegawai Jabatan Negara AS, semalam lapor Press TV.

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International mengecam keputusan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai taktik kotor pemerintah Mesir bagi menghapuskan musuh politik mereka.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pula menyifatkan hukuman tersebut sebagai membelakangi demokrasi. Menurutnya, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi telah kembali ke 'era lama Mesir'.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!