27 Mei 2015


Beberapa syarikat penerbangan dilapor menerima ancaman bom dan ‘senjata kimia’ di dalam pesawat melibatkan sekurang-kurangnya enam penerbangan ke Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan beberapa agensi berita, sebuah pesawat Air France terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang John F Kennedy (JFK) di New York pada pukul 10.17 malam Isnin (waktu tempatan) berikutan panggilan amaran daripada 'sumber yang boleh dipercayai.'

Pesawat yang diiringi dua jet pejuang AS itu kemudian kembali beroperasi seperti biasa selepas pihak berkuasa tidak menemui apa-apa yang mencurigakan di dalam pesawat tersebut.

Terdahulu, satu lagi ancaman bom mencetus kebimbangan melibatkan sebuah pesawat Saudi Airlines dari Jeddah yang kemudiannya selamat mendarat di sebuah kawasan terpencil di JFK.

Sementara itu, pesawat American Airways dari Birmingham dan pesawat Delta dari Newark turut menerima panggilan berupa ancaman bom dan telah diarahkan untuk melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan terpencil. 

Pesawat itu kemudiannya kembali beroperasi seperti biasa selepas siasatan mendapati amaran itu palsu. 

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa melaporkan ada dua lagi penerbangan ke Newark, New Jersey, penerbangan Delta Airlines dari London dan penerbangan United Airlines dari Madrid turut terjejas akibat ancaman bom yang kerap dibuat tanpa motif yang pasti. 

Memetik laporan media Boston, sebuah pesawat penerbangan Delta dari Paris ke Lapangan Terbang Logan turut menjadi mangsa ancaman bom palsu ini.

FOX5 menyebut sumber penguatkuasa bimbang ancaman mutakhir itu bertujuan mengganggu atau melewatkan penerbangan ke New York pada hari terakhir cuti umum sempena Hari Memorial.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!