18 Mei 2015


JOHOR BAHRU: Mayat bayi dipotong 15 tanpa kepala dijumpai dalam loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, dekat sini. Mayat itu dijumpai sekumpulan pekerja syarikat kontraktor ketika menjalankan kerja pembersihan kira-kira 10.30 pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Khamsani Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 1.30 petang daripada penyelia syarikat kontraktor berkenaan mengenai penemuan bahagian anggota badan bayi. 


"Ketika sedang menjalankan kerja pembersihan, kontraktor menjumpai beberapa bahagian anggota badan di perangkap sampah. "Setakat ini kita mempunyai 15 keratan badan dipercayai bayi, manakala kepalanya belum ditemui," katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!