7 Mei 2015


PERANCIS. Pembantu juruterbang pesawat Germanwings, Andrea Lubitz  'berlatih' menjunamkan pesawat terlebih dahulu sebelum dia dengan sengaja menjunamkan pesawat 95250 Germanwings di Banjaran Alps sehingga mengorbankan 150 nyawa termasuk anak kapal.

Menurut laporan interim 30 muka surat Agensi Penyiasatan Kemalangan BEA, mendedahkan Andrea melakukan demikian ketika dalam penerbangan ke Barcelona sekali gus membuktikan teori bahawa kemalangan itu berlaku dengan sengaja tetapi sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu.

Andrea dilihat mengubah tetapan dengan menjunamkan pesawat beberapa kali selama 4 setengah minit semasa juruterbang keluar dari kokpit ketika dalam penerbangan dari Duesseldorf ke Barcelona.

Laporan itu juga menyebut, pesawat itu juga mengubah ketinggian secara berulang kali malah sehingga serendah 100 kaki (30 Meter) dibawah paras laut.

Menara kawalan trafik udara juga telah mengarahkannya untuk menurunkan pesawat secara beransur-ansur dari 35,000 kaki ke 21,000 kaki semasa penerbangan ke Barcelona.

Sementara itu, menurut pakar penerbangan, adalah bukan menjadi kebiasaan untuk seseorang juruterbang berulang kali mengubah ketinggian pesawat tanpa sebarang alasan munasabah.

Carta analisa dikeluarkan BEA menunjukkan penumpang dan anak kapal tidak akan menyedari sebarang perubahan kerana pesawat tidak dujunamkan secara drastik semasa Andrea berulang kali mengubah tetapan.

Pakar penerbangan dan bekas ahli Badan Pengangkutan Keselamatan Amerika Syarikat, John Goglia berkata, pembantu juruterbang itu telah berlatih terlebih dahulu untuk melihat bagaimana melakukanya.

Memetik AP, dalam kejadian pada 24 Mac lalu, pesawat Germanwings telah merempuh pergunungan Alps di Perancis dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!