26 Mei 2015


LIVERPOOL – Selepas kecundang 1-6 kepada Stoke City pada perlawanan terakhir bagi saingan Liga Perdana England musim ini, jurulatih Liverpool, Brendan Rodgers mula membuka mulut mengenai masa depannya di kelab tersebut.

Rodgers mengakui dia rela meninggalkan kelab berkenaan sekiranya pemilik The Reds mahu beliau mengosongkan jawatan tersebut selepas aksi yang cukup longlai sehingga ‘dibedal’ Stoke City malam kelmarin.

Dengan masa depan pemain sayap lincah, Raheem Sterling, berada dalam keadaan samar selepas gagal merebut kedudukan empat teratas liga, kini Rodgers pula mengumumkan bersedia meninggalkan pasukan Merseyside itu.

“Ia sangat memalukan (kalah 1-6) dan sekiranya pemilik kelab mahu saya ‘pergi’, saya bersedia untuk pergi. Saya sebagai pe­ngurus pasukan, bertanggungjawab sepenuhnya berhubung keputusan pada hari ini (kelmarin). Kami perlu memperbaiki kelemahan ini,” kata Rodgers.

Perlawanan tersebut merupakan aksi terakhir kapten mereka, Steven Gerrard sebagai pemain Liverpool dan Gerrard yang dianggap sebagai legenda The Reds itu turut menjaringkan satu gol pada babak kedua.

Namun, semuanya sudah terlambat buat mereka dengan pemain berusia 34 tahun itu bakal menyertai LA Galaxy pada musim panas nanti.

Liverpool menamatkan musim ini di tempat keenam, dua mata di belakang Tottenham Hotspur dan dibezakan lapan mata de­ngan pasukan tempat keempat, Manchester United.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!