28 Mei 2015


Seperti dijangka, peserta kesukaan ramai Mustar, 47, muncul juara pentas akhir Kilauan Emas 5 yang berlangsung di Dewan Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, di sini, malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, trofi sumbangan Astro, sebuah motosikal sumbangan Royal Enfield bernilai RM50,000 dan sebuah kerusi urut sumbangan Go Shop.

Naib juara milik Elji, 44, atau Wan Muhammad Logan Wan Abdul Rahman dengan membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi sumbangan Astro serta peralatan memasak sumbangan Go Shop.

Tempat ketiga dimenangi Mursalim Muhidin atau Aling, 44, yang membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi sumbangan Astro serta perkakas memasak sumbangan Go Shop.

Tempat keempat pula menjadi milik Hazlina Wati Zainuddin atau Lina, 42, yang membawa pulang RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.

Mustar turut dipilih pemenang Anugerah Khas Juri yang menerima wang tunai RM10,000 dan trofi.
Ann pula muncul pemenang untuk anugerah Nestle Omega Plus dengan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Radio Sinar FM dipilih sebagai radio rasmi Kilauan Emas dan turut disokong THR Gegar.

Setiap peserta diberikan dua tugasan solo dan duet bersama peserta akhir yang lain. Program yang mendapat sambutan ramai ini disiarkan secara langsung menerusi di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Peserta diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.

Juri yang mengadili peserta pada Konsert Akhir Kilauan Emas 5 terdiri daripada Datuk Hattan, Erra Fazira, Datuk Ramli M S serta juri jemputan Datuk Rosyam Nor.

Program itu dihoskan oleh Raja Azura.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!