28 Mei 2015


Tindakan DAP yang kerap menghentam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan hanya untuk ‘melemahkan’ pemimpin itu.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, ia bertujuan untuk menjatuh dan melumpuhkan kredibiliti Abdul Hadi sebelum menjelangnya Muktamar Tahunan kali ini.‎

Bagaimanapun dia tidak dapat menjelaskan punca sebenar ‎tindakan DAP yang semakin lantang menghentam Abdul Hadi.

"Barangkali pihak DAP menjangka muktamar yang diadakan pada tahun inilah yang akan memutuskan masa depan Pas dalam PR.

"...mungkin juga DAP mahu mempengaruhi delegasi atas keputusan pemilihan Presiden yang bakal dibuat pada Muktamar nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Terbaharu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta Abdul Hadi membuktikan komitmennya terhadap PR dengan menjawab lima soalan mudah. 

Katanya lagi, walaupun mendakwa Abdul Hadi yang menjadi penghalang kerjasama Pas dalam PR, tidak mudah bagi DAP untuk menyingkirkan beliau.

"Apabila imej dan kredibiliti Abdul Hadi dilemahkan, akan ada ahli Pas yang berani buka mulut untuk protes menentang beliau.

"Walaupun hanya dia yang jadi penghalang antara Pas dan PR, tak mudah untuk singkirkan beliau. Abdul Hadi tidak mudah kalah," katanya lagi.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!