12 Mei 2015


Selepas empat bulan berpisah, pasangan Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang sebelum ini telah bercerai bakal rujuk semula pada 16 Mei ini.

Menerusi laporan Harian Metro, Diana dan Zamarul bakal bernikah semula pada hari yang sama mereka diijabkabulkan pada tahun 2009 dahulu.

Bercakap kepada Harian Metro, Diana berkata hidup sebagai ibu tunggal selama empat bulan bukanlah sesuatu yang mudah buatnya dan ada sahaja yang tidak kena manakala Zamarul pula yakin yang jodoh mereka pasti terjalin semula cepat atau lambat.

Diana turut menambah mungkin jodoh mereka masih kuat bersama, dan keputusan untuk rujuk semula adalah yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Malah perpisahan mereka selama empat bulan juga membuatkan perasaan sayangnya terhadap Zamarul Hisham semakin bertambah dan menganggap ianya satu hikmah berganda buat dirinya.

Diana dan Zamarul telah berkahwin pada 16 Mei 2009 sebelum mereka bercerai pada awal tahun ini akibat tidak kesefahaman.

Namun berkat doa dari pelbagai pihak dan peminat, pasangan ini bakal bersatu semula pada 16 Mei 2015.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!