5 Mei 2015


CHINA. Hanya kerana tidak berbelanja sehingga 3,000 yuan (RM1744), sekumpulan pelancong terpinga-pinga apabila dimarahi pemandu pelancong yang mengiringi lawatan mereka di China.

Selain memarahi pelancong-pelancong tersebut, pemandu pelancong itu juga dikatakan mengugut untuk membatalkan destinasi pelancongan seterusnya dan tiket penerbangan balik kumpulan itu.

Sebuah video yang dimuat naik menerusi portal BBC.news hari ini menunjukkan pemandu pelancong itu yang berbahasa Cina memarahi kumpulan tersebut dengan menggunakan sebuah mikrofon.

“Di mana terletaknya akal dan moral kamu? Jika kamu semua tidak habiskan sehingga 3,000 yuan dan 4,000 yuan (RM 2326), kami akan membatalkan perjalanan Xishuangbanna, syarikat pelancongan kami juga tidak akan bertanggungjawab atas tiket penerbangan kamu semua untuk kembali ke Shenyang," katanya.

Video tersebut menjadi viral dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

Sementara itu, pihak berkuasa di Wilayah barat Yunan berkata, pemandu pelancong itu telah melanggar undang-undang pelancongan kebangsaan.

“Sejak tahun 2013 lagi, kesemua syarikat pelancongan di China telah dilarang keras untuk memaksa pelancong berbelanja.

“Kami telah ambil tindakan untuk gantung lesen wanita terbabit sebagai pemandu pelancong. Kami juga menggantung syarikat pelancongan tersebut dan turut mengenakan denda sebanyak 20,000 yuan ke atas syarikat terbabit,” katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!