20 Mei 2015


BAITULMAQDIS - Seorang wanita Palestin mengalami keguguran selepas diserang pelampau Yahudi di selatan Tebing Barat pada Ahad.

Sumber perubatan Palestin yang enggan namanya disiarkan berkata, mangsa dikenali sebagai Mirvat Saad Abu Romeila berusia 37 tahun.

Mangsa diserang sekumpulan pelampau Yahudi dari penempatan haram Ramat Yishai, terletak kira-kira 30 kilometer dari Baitulmaqdis.

"Dia mengalami lebam serta luka dan dibawa ke hospital sebelum doktor mengesahkan janinnya mati berpunca daripada serangan tersebut," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pelampau Yahudi dilapor bertindak biadab apabila membakar pokok-pokok zaitun penduduk Palestin di Tebing Barat, kelmarin.

Sumber pihak berkuasa Palestin berkata, serangan di utara bandar al-Khalil itu telah memusnahkan sehingga 250 pokok.

Serangan terbaharu itu muncul sehari selepas sekumpulan pelampau Yahudi merosakkan kira-kira 80 ekar tanah yang ditanam dengan anak pokok zaitun berhampiran bandar al-Shuyoukh.

Difahamkan, pendatang Yahudi telah memusnahkan lebih 800,000 pokok zaitun yang menjadi sumber pendapatan keluarga Palestin sejak 1967.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!