19 Mei 2015


AMERIKA SYARIKAT. Seorang konsultan sekuriti siber memberitahu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa beliau menggodam sistem enjin dan kawalan sebuah kapalterbang dalam sebuah penerbangan.

Menurut laporan BBC, Chris Roberts ditahan FBI April lepas sejurus mendarat dari sebuah penerbangan selepas agen agensi tersebut mengesan  perbincangannya di Twitter mengenai aktiviti godam tersebut. 

FBI kemudian mengeluarkan waran dan mendakwa Roberts atas kemungkinan melakukan jenayah siber. 

Dalam beberapa temuramah, Roberts memberitahu pegawai penyiasat bahawa beliau menggodam sistem kapal terbang antara 15 hingga 20 kali dalam pada 2011 hingga 2014. 

Beliau juga berjaya menulis balik kod penerbangan dan memberikan arahan 'CLB' atau 'climb' yakni menaikkan ketinggian pesawat. 

Beliau juga mendakwa beliau tahu mengenai kelemahan tiga jenis pesawat Boeing dan satu model pesawat Airbus. 

Selepas kejadian 15 April lalu, FBI merampas laptop, iPad dan beberapa peranti lain, selain menemui kotak elektronik yang telah diubah suai di bawah tempat duduk Roberts di dalam penerbangan United Airlines. 

FBI masih menyiasat kes berkenaan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!