20 Mei 2015


SPESIES ikan adalah antara yang tergolong dalam haiwan berdarah sejuk seperti reptilia dan amfibia.

Bagaimanapun, sekumpulan saintis berjaya menemui spesies ikan pertama di dunia yang didakwa berdarah panas seperti mamalia.

Ia digelar sebagai Opah atau ikan bulan yang mempunyai berat sehingga 90 kilogram itu memanaskan badannya dengan cara menggerakkan siripnya yang kelihatan seperti kepak secara berterusan bersesuaian purata suhu sekeliling antara 4 hingga 5 darjah Celsius.   

Ahli biologi Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA), Nicholas Wegner berkata, Opah mempunyai struktur yang unik pada insangnya bagi menghalang ikan itu kehilangan haba kepada persekitaran.

"Opah tidak perlu naik ke permukaan air untuk mengekalkan suhu yang sesuai dengan haiwan berdarah panas walaupun sebenarnya sukar untuk mengekalkan haba pada di keliling kawasan yang sejuk," jelasnya lagi.

Ikan berukuran seperti tayar kereta ini boleh ditemui pada kedalaman 50 hingga 400 meter pada dasar laut dan sumber makanannya adalah ikan kecil serta sotong. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!