1 Mei 2015


Vokalis kumpulan Flop Poppy, Andy membuat pengakuan terbuka telah berkahwin kali kedua apabila mendedahkan wajah isterinya itu di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Andy atau nama sebenarnya, Megat Effendy Zakaria, 43, memuat naik sekeping gambar seorang wanita bertudung dalam akaun Instagramnya dikenali sebagai Aliaah Abdullah, 20-an.

Dalam keterangan gambar itu ditulis: “Ya, dia adalah isteri saya.”

Andy ketika dihubungi Kosmo! semalam mengakui kesahihan hubungannya dengan Aliaah dan memberitahu wanita itu isteri keduanya.

Namun begitu, dia enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka atas alasan belum bersedia bercerita lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Tambah Andy, isteri pertamanya, Baby atau nama sebenarnya, Nurul Shafizan Othman, 42, mengetahui perkara tersebut dan tidak membantahnya.

“Kami pasangan suami isteri yang sah dan Baby (isteri pertama) memberi kebenaran kepada saya untuk bernikah kali kedua,” kata vokalis itu.

Sementara itu, anak sulung Andy, Megat Daniel Azreen memberitahu, dia hanya mengetahui kewujudan gambar wanita itu di laman Instragram bapanya setelah dimaklumkan oleh rakannya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!